Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim, hanya pada engkau aku mengadu dan memohon pertolongan. Aku mohon pada-Mu, tunjukkanlah siapa dia dalam hati ini. Dan jika benar aku mencintai dia, aku bersyukur Ya ALLAH...
Aku benar-benar bersyukur kerana aku jatuh cinta kepada dia, kepada satu-satunya lelaki yang berhak ke atas diriku dan hatiku ini..
Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon padamu..jauhkanlah perasaan syak wasangka aku terhadapnya..aku tidak ingin punya sekelumit pun perasaan curiga pada dia..
Aku merayu padaMu..
Jika benar dia adalah pemilik tulang rusukku, jodoh yang telah engkau tetapkan untukku.... berikanlah aku kekuatan untuk berjuang demi perhubungan ini..
Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon padamu, ampunilah segala dosaku...
ampunilah aku bagi setiap saat aku membelakangiMu.. setiap saat aku leka dalam rasa cintaku buat dia..ampunkanlah aku ya Allah.. ampunkanlah aku.. aku berserah kepadaMu..ya Allah...aku berserah pada ketentuanMu..jika benar dia adalah jodohku yang telah Engkau tulis untukku, bukakanlah hati dia untuk untuk benar-benar menerima aku tanpa secalit pun rasa ragu-ragu..
tapi, jika dia bukan untukku, jika perhubungan ini ditakdirkan sampai setakat ini sahaja, aku reda ya Allah... aku terima dengan rela hati..aku terima semuanya..dan aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau telah menghadiahkan dia dalam hidupku..dan Engkau telah menghadirkan rasa cinta buat satu-satunya lelaki yang berhak ke atas hati ini..
aku pohon padaMu ya Allah... berikanlah ketenangan hati dan kebahagiaan kepada dia.. aku merayu ya Allah.. tukarkanlah rasa derita, terluka dalam hatinya kepada kebahagiaan yang tidak pernah dia kecapi.. walaupun tanpa aku di sisinya..
sejujurnya aku sangat sayangkan dia.. :)
No comments:
Post a Comment